Create your own banner at mybannermaker.com!

Sabtu, 25 Julai 2009

Tips eratkan persahabatan


Tips Eratkan Persahabatan



Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini, marilah kita sama-sama merenung dan beramal bagaimana untuk mengeratkan persahabatan kita.


1. KESABARAN

Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.


2. BERTERUS TERANG

Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman - teman di sekelilingmu.


3. IKHLAS

Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.


4. SALING MENGHORMATI

Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu.


5. JUJUR

Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percayamempercayai menjadikan hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya.


6. SALING FAHAM MEMAHAMI

Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.


7. SALING MEMAAFKAN

Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.


8. BERTOLAK ANSUR

Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!


9. JAGA TUTUR KATA

Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.


10. NASIHAT MENASIHATI

Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain. Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?


11. AMBIL BERAT

Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain.


12. SALING BERHUBUNG

Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.


13. BERTELINGKAH

Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih semula.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan