Create your own banner at mybannermaker.com!

Sabtu, 25 Julai 2009

Tips eratkan persahabatan


Tips Eratkan Persahabatan



Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini, marilah kita sama-sama merenung dan beramal bagaimana untuk mengeratkan persahabatan kita.


1. KESABARAN

Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.


2. BERTERUS TERANG

Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman - teman di sekelilingmu.


3. IKHLAS

Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.


4. SALING MENGHORMATI

Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu.


5. JUJUR

Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percayamempercayai menjadikan hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya.


6. SALING FAHAM MEMAHAMI

Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.


7. SALING MEMAAFKAN

Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.


8. BERTOLAK ANSUR

Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!


9. JAGA TUTUR KATA

Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.


10. NASIHAT MENASIHATI

Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain. Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?


11. AMBIL BERAT

Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain.


12. SALING BERHUBUNG

Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.


13. BERTELINGKAH

Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih semula.



Mutiara Persahabatan










Mutiara Persahabatan Sejati




Yang aku miliki hanyalah sekeping hati,
Ketika aku meniti hidup ini keseorangan,
Aku hanyut dipukul gelombang,
Tewas dalam perjuangan ...
Lalu ... kau hadir mengembalikan kekuatan.



Hembusan angin membisikkan kejujuranmu,
Deruan ombak merisikkan keikhlasanmu,
Hujan yang turun melagukan kebenaranmu,
Buih-buih yang keciciran di tepian pantai ... menyampaikan kesungguhanmu.



Aku sering menghayati setiap kata ...
Yang terukir di bibirmu,
Kau bertindak sebagai kaunselor,
Pandangan demi pandangan kau berikan,
Ternyata ... kau penggerak naluriku ...
Untuk mencapai kejayaan.



Biarpun ada yang cemburukan kejujuranmu padaku,
Namun kau tetap tabah,
Ternyata honar disekeliling kita,
Pun begitu ... tiada erti kesalan dalam kamus kehidupan ...
Bagi kita menempuh hidup ini ...



Di hati ini tersematnya mutiara sejati,
Tetapi sayang ... bukanlah untuk selamanya,
Kerana di sini bukan persinggahanmu ...
Kita mengorak langkah bersama ...



Bersama janji yang kita kotakan,
Walaupun hanya untuk sementara waktu.
Andai kau lihat pantai yang bersih dan damai,
Itulah diriku yang setia pada sebuah janji ...
Mutiara persahabatan sejati ...
Akan kekal abadi ...
















































































Jumaat, 24 Julai 2009

Kebaikan dan keburukan dalam persahabatan

Hubungan sebagai sahabat ( tidak kira jantina ) adalah hubungan semulajadi sesama insan kerana lazim sahabat atau teman karib menjadi tempat meluahkan perasaan gembira, marah, tertekan dan teman untuk menangis. Kepercayaan kepada sahabat untuk menyimpan rahsia yang dikongsi bersama biasanya mengeratkan perhubungan.
Bagaimana pula hubungan anda bersama teman - teman anda ? Ikuti 14 kebaikan dan keburukan di dalam persahabatan bagi menilai sejauh mana keakraban perhubungan anda :


KEBAIKAN

* Jujur di dalam menyatakan sesuatu - tanpa ada niat serong di sebaliknya .
* Keikhlasan dalam memberi bantuan .
* Bersedia untuk membantu dari segi kewangan atau tenaga / peka dengan
masalah dan menjadi pendengar yang baik untuk menyelesaikan masalah.
* Teguran yang membina - menyedarkan sahabat akan kesilapan yang dilakukannya .
* Sanggup bersusah-payah meringankan beban yang di tanggung sahabat.
* Menjaga sahabat daripada di fitnah atau di hina.
* Sentiasa ingat-mengingati tentang dunia dan akhirat/sentiasa bersabar.
* Dapat menyimpan rahsia / walau apapun berlaku.
* Berkongsi kegembiraan - sentiasa meraikannya walaupun untuk perkara kecil.
* Sentiasa berhubung walau jarak beribu-ribu batu.
* Sama-sama berduka bila salah seorang di timpa bencana
dan tidak akan meninggalkan sahabat keseorangan.
* Tidak membohongi sahabat sendiri atau menyorok sesuatu perkara.
* Tidak bertutur kasar walaupun sedang marah / bertolak ansur di dalam apa
jua keadaan .
* Memaafkan kesilapan yang berlaku dan mengalah.


KEBURUKAN

* Bersikap hipokrit / berpura-pura.
* ‘Menikam sahabat dari belakang’ - bertujuan menjatuhkan maruahnya.
* Pentingkan diri sendiri tanpa menghiraukan perasaan orang lain.
* Menjadi batu api antara sahabat dan pihak lain.
* Berdolak-dalih untuk menghulurkan bantuan baik dari segi kewangan
tenaga dan terus menjauhkan diri bila sahabat kesusahan .
* Memfitnahkan dan memalukan sahabat sendiri .
* Menggalakkan perbuatan mungkar tanpa perasaan bersalah.
* Menceritakan rahsia peribadi sahabat kepada orang lain/gosip.
* Dengki dan berperasaan cemburu dengan kejayaan sahabat sendiri
/ tidak berpuas hati.
* Malas berhubung walaupun masih menyimpan nombor telefon.
* Mencari teman-teman lain untuk berhibur dan bergembira / melupakan
teman yang pernah susah bersama.
* Suka meninggi dan meriakkan diri / seolah-olah orang lain tidak bagus.
* Ceweret yang melampau / terpaksa mengikut telunjuk / tidak boleh
bertolak ansur .
* Pemarah dan sukar memaafkan kesalahan sahabat